Monday 1 June 2015

AKHIRNYA

Akhirnya, dah masuk minggu ke 14, dah masuk bulan Jun. Masa begitu pantas berlalu. Tak lama lagi berhijrahlah saya dari tahun 1 ke tahun 2. Minggu depan pula bermulalah peperiksaan akhir semester 2. Nampak gayanya saya kenalah memulakan persediaan untuk menduduki peperiksaan kali ini. Semester kali ini agak mencabar. Minggu ulangkaji tidak diberikan kali ini, jadi masa yang ada perlu digunakan dengan sebaik mungkin. Masih banyak lagi tugasan yang belum diselesaikan. Ulangkaji pelajaran pun belum dimulakan lagi. Minggu ini masih tetap sibuk seperti minggu-minggu yang lepas. Kerja semakin hari semakin bertambah. Rasa tertekan juga sebenarnya. 

Akhir kata, elakkan menangguh kerja, bersedia lebih awal, jangan buang masa, dan utamakan keperluan berbanding kehendak.

Sekian.

Masalah kewangan (Boros)

Itulah masalah yang saya hadapi dan perlu diselesaikan kali ini untuk memenuhi kehendak LMCK1421 PEMIKIRAN KRITIKAL & PENYELESAIAN MASALAH.

Antara punca saya boros adalah disebabkan diri saya yang suka berbelanja ketika membeli-belah atau keluar berjalan-jalan bersama rakan-rakan. Saya dapati diri saya suka mengikuti perbuatan rakan-rakan saya ketika meluangkan masa dengan mereka. Apa sahaja barang yang mereka beli, saya juga turut membelinya.

Selain itu, saya banyak membeli barang yang bukan keperluan saya. Sejak kebelakangan ini, saya perasan bahawa saya suka masuk ke kedai walaupun tiada barang yang ingin dibeli dan akhirnya saya mengeluarkan duit untuk membeli barang yang tak sepatutnya dibeli.

Saya juga gagal merancang kewangan dengan baik. Menurut ibu saya, saya tidak menetapkan jumlah perbelanjaan dalam sehari. Oleh sebab itu, duit perbelanjaan yang ayah saya beri selalu tidak mencukupi.

Berikut merupakan jalan penyelesaian bagi masalah kewangan (boros) saya:

1. Kurangkan berjalan-jalan untuk membeli-belah.

2. Membeli barang keperluan sahaja.

3. Mengawal perbelanjaan.

17 Amalan Yang Menyebabkan Mendapat Seksa Kubur

Saya terjumpa satu post yang saya pernah kongsikan kepada rakan-rakan saya di facebook sebelum ini. Terdetik dihati saya untuk kongsikan disini. Disini saya ringkaskan amalan-amalan yang boleh menyebabkan kita mendapat seksa kubur. Disebutkan oleh Imam Ibnu Qayyim rahimahullah bahawa seksa kubur ditimpakan kerana berbagai macam dosa dan maksiat, di antaranya:

1. Melaga-lagakan (mengadu domba) dan mengampu.
2. Tidak basuh dengan suci selepas buang air kecil.
3. Solat tanpa bersuci.
Rasulullah S.A.W. bersabda maksudnya : “Allah tidak menerima solat tanpa bersuci” (Hadis Riwayat Muslim ) Diriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W. pernah melihat seseorang melakukan solat, sedangkan pada tumitnya ada sedikit yang tidak terkena siraman air wuduk. Nabi S.A.W. memerintahkannya untuk mengulangi wuduk dan solatnya . (Hadis Riwayat Ahmad dan Abu Dawud) Nabi S.A.W. menyuruh orang tersebut untuk mengulangi solatnya kerana solat tersebut dilakukan tanpa bersuci dan tidak sah.
4. Berdusta.
Rasulullah S.A.W. bersabda kepada Sayyidina Ali k.w. yang bermaksud : “Wahai Ali ! Berbuatlah jujur sekalipun hal itu akan membahayakan dirimu di dunia. Sesungguhnya kejujuran itu bermanfaat di kemudian hari. Dan janganlah berdusta sekalipun bermanfaat bagimu ketika itu kerana kedustaan itu akan menyulitkan kamu di kemudian hari.” 
5. Melalaikan dan malas mengerjakan solat.
6. Tidak mengeluarkan zakat.
7. Berzina.
8. Mencuri.
9. Berkhianat.
10. Menfitnah sesama umat Islam.
11. Makan riba.
12. Tidak menolong orang yang di zalimi.
13. Minum khamar ( tuak, arak atau minuman keras ).
14. Memanjangkan kain hingga di bawah mata kaki.
Nabi S.A.W. bersabda maksudnya : “Barangsiapa menyeret pakaiannya kerana sombong maka Allah tidak memandangnya pada hari kiamat”.(Hadis Riwayat Bukhari)
15. Membunuh.
16. Mencaci sahabat Rasulullah S.A.W.
17. Mati dalam keadaan membawa bidaah.