Friday 24 April 2015

LAMBAT

Saya sedar bahawa saya selalu lambat. Saya lambat bertindak kerana terlalu banyak berfikir tentang perkara yang tidak sepatutnya. Akhirnya, kerja dan tugasan saya banyak tertangguh. Masalah utamanya ialah saya banyak berfikir untuk melakukan sesuatu pekerjaan. Saya bukan seorang yang dapat menyiapkan sesuatu pekerjaan dengan cepat. Berfikir terlampau banyak menjadikan saya kurang cekap dalam menguruskan masa dan pekerjaan. Saya sebenarnya tertekan dengan situasi ini, malah saya ada berbincang dengan rakan untuk menyelesaikan masalah ini. Rakan saya mengatakan saya lambat menyiapkan kerja kerana saya seorang yang teliti dan berhati-hati ketika melakukan sesuatu. Namun begitu, ini berbeza dengan pandangan saya kerana saya merasakan saya bukan sahaja lambat menyiapkan kerja malahan kerja yang saya lakukan itu hasilnya tidak berkualiti. Buat masa ini, saya sedang melatih diri saya untuk menjadi lebih fokus ketika melakukan sesuatu pekerjaan dengan harapan agar saya tidak membuang masa dengan berfikir tentang perkara yang tidak sepatutnya saya fikir ketika itu. Akhir kata, masih belum terlambat untuk menjadi lebih baik.


PEMBAZIRAN MAKANAN

Firman Allah S.W.T. dalam Surah Al-Israa' ayat 26-27, yang bermaksud: "...dan janganlah kamu belanjakan harta kamu dengan boros yang melampau-lampau. Sesungguhnya orang yang membazir (boros) itu adalah saudara syaitan, sedang syaitan itu pula adalah makhluk yang sangat kufur (engkar) kepada Tuhannya".

Islam amat melarang umatnya melakukan pembaziran sehingga Allah S.W.T menyifatkan orang-orang yang suka membazir itu sebagai saudara syaitan.

Astaghfirullah al-Azim.
Sepanjang saya menetap di UKM ini, saya kerap membazir makanan.
Saya malu sebenarnya dengan rakan sebilik apabila makanan yang dibeli tidak habis dimakan
apatah lagi menjadi saudara syaitan. Nauzubillah min zalik.

Saturday 18 April 2015

FANTASI

Setahu saya fantasi itu ialah khayalan ataupun angan-angan.
Kalau cakap pasal angan-angan, saya ini memang suka berangan-angan.
Saya suka berfantasi tentang cerita yang saya reka sendiri.
Kebiasaannya selepas menonton anime atau drama, saya suka mengolah semula jalan cerita itu dengan berfantasi. Sejujurnya, berfantasi seperti ini membuang masa saya.
Saya pernah juga terfikir untuk menggunakan daya berfantasi saya dengan menjadi seorang penulis novel. Namun begitu, saya masih sibuk belajar.

ANIME

Jigoku Shoujo
Sejak berumur 12 tahun, saya sudah meminati anime (animasi Jepun).
Antara anime yang paling saya suka ialah Jigoku Shoujo (Hell Girl) dan Mobile Suit Gundam Seed.

Antara sebab saya menyukai kedua-dua anime ini adalah kerana setiap watak dilukis dengan sangat cantik.
Selain itu, OST (Original Soundtrack) yang digunakan amat sesuai dengan anime berkenaan dan sedap didengar. Saya juga turut menggemari watak utama dalam kedua-dua anime tersebut.

Thursday 16 April 2015

CUTI MID-SEM

Kentang goreng
Sepanjang cuti mid-sem ini, macam-macam perkara saya lakukan.
Alhamdulillah, saya sudah mula belajar masak di rumah.
Antara makanan yang saya belajar masak ialah
samosa isi kentang, cendawan goreng, dan kentang goreng.



Samosa
Cendawan goreng


REALITI

Realiti. Bak kata Sir Azzwan, ada yang manis ada yang pahit.
Dalam diam, saya menangis kerana realiti kehidupan saya tak seindah mana.

Ada orang kata saya beruntung,
kerana...
pandai, padahal saya seorang yang "lampi" - "lambat pickup"
kalaulah mereka tahu,
saya pernah mendapat keputusan gagal banyak kali,
saya bersusah payah mengulangkaji pelajaran banyak kali,
dan dimaki guru banyak kali kerana lampi,
tapi saya lalui perkara yang pahit ini kerana ingin berjaya dalam pelajaran.

Realiti kehidupan memang macam itu.
Untuk mendapatkan sesuatu memerlukan usaha dan pengorbanan.

Saturday 4 April 2015

PERATURAN



Apa itu PERATURAN?
Apakah kepentingan peraturan?

Pada pendapat saya, peraturan itu adalah tatatertib
yang seharusnya diikuti untuk kebaikan bersama.
Dengan kata lain, peraturan ini diwujudkan untuk mencapai tujuan tertentu.

Kebiasaannya, sesuatu peraturan itu seharusnya
mendatangkan manfaat kepada kita semua.
Saya berpendapat bahawa sekiranya peraturan itu
tidak memberi sebarang faedah kepada diri kita,
maka seeloknya kita melanggar peraturan tersebut.
Namun begitu, ini tidak bermakna ada peraturan yang memudaratkan.
Ya, mungkin peraturan itu menyusahkan kita pada mulanya,
tetapi cuba fikirkan manfaat yang kita perolehi
daripada peraturan yang ditetapkan tersebut.

TAHI CICAK

Tengok cicak pun dah geli,
takkan la saya nak tunjuk tahi cicak,
nanti ada pula yang tak lalu makan.


Hari ini saya bukan nak bercerita tentang fakta tahi cicak.
Saya cuma nak beritahu yang saya sudah lama GERAM,
geram dengan cicak yang suka berak merata-rata.
Macam manusia juga, cicak pun tahu malu.
Cicak tak nak berak di hadapan orang, sebab takut orang nampak.
Selalunya cicak cari tempat yang tak ada orang tinggal
atau duduk untuk melepaskan hajatnya itu.
Nampak sangatlah yang saya ini sudah lama tak menggunakan meja belajar
sampai cicak pun dah jadikan meja belajar saya itu sebagai tempat melepaskan hajatnya.
Haishh~