Saturday, 4 April 2015

PERATURAN



Apa itu PERATURAN?
Apakah kepentingan peraturan?

Pada pendapat saya, peraturan itu adalah tatatertib
yang seharusnya diikuti untuk kebaikan bersama.
Dengan kata lain, peraturan ini diwujudkan untuk mencapai tujuan tertentu.

Kebiasaannya, sesuatu peraturan itu seharusnya
mendatangkan manfaat kepada kita semua.
Saya berpendapat bahawa sekiranya peraturan itu
tidak memberi sebarang faedah kepada diri kita,
maka seeloknya kita melanggar peraturan tersebut.
Namun begitu, ini tidak bermakna ada peraturan yang memudaratkan.
Ya, mungkin peraturan itu menyusahkan kita pada mulanya,
tetapi cuba fikirkan manfaat yang kita perolehi
daripada peraturan yang ditetapkan tersebut.


Jangan jadikan peraturan itu untuk dilanggar.
Dan jangan jadi orang yang tak berfikiran matang.
Fikir sebelum bertindak.
Peraturan tetap peraturan.


Bayangkan sekiranya peraturan itu langsung tak wujud.
Pastinya dunia ini kucar-kacir kerana manusia
diberikan kebebasan untuk bertindak.
Tak semua manusia tahu tindakan apa yang wajar dilakukan,
maka peraturan itu amat penting untuk diwujudkan
untuk mencegah kita daripada melakukan sesuatu yang tidak baik.

No comments:

Post a Comment