Thursday, 16 April 2015

REALITI

Realiti. Bak kata Sir Azzwan, ada yang manis ada yang pahit.
Dalam diam, saya menangis kerana realiti kehidupan saya tak seindah mana.

Ada orang kata saya beruntung,
kerana...
pandai, padahal saya seorang yang "lampi" - "lambat pickup"
kalaulah mereka tahu,
saya pernah mendapat keputusan gagal banyak kali,
saya bersusah payah mengulangkaji pelajaran banyak kali,
dan dimaki guru banyak kali kerana lampi,
tapi saya lalui perkara yang pahit ini kerana ingin berjaya dalam pelajaran.

Realiti kehidupan memang macam itu.
Untuk mendapatkan sesuatu memerlukan usaha dan pengorbanan.


Ada orang kata saya beruntung,
kerana...
ramai kawan, namun hakikatnya saya tiada kawan baik.
Kalau ada pun, saya pasti akan kehilangannya.

Realitinya, sesuatu itu tak kekal lama.

Tapi bila difikirkan semula, saya memang beruntung,
dan saya patut bersyukur.
Allah bagi kita bernafas pada hari ini sudah cukup baik.
Malah, bukan realiti kehidupan saya sahaja yang pahit,
orang lain pun turut merasainya.

P.S. - Maaf Sir Azzwan, saya baru lihat Makluman di blog Sir Azzwan pada hari ini.
Saya minta maaf kerana lambat siapkan tugasan kerana di rumah saya tiada internet.



No comments:

Post a Comment