Saya
sedar bahawa saya selalu lambat. Saya lambat bertindak kerana terlalu
banyak berfikir tentang perkara yang tidak sepatutnya. Akhirnya,
kerja dan tugasan saya banyak tertangguh. Masalah utamanya ialah saya
banyak berfikir untuk melakukan sesuatu pekerjaan. Saya bukan seorang
yang dapat menyiapkan sesuatu pekerjaan dengan cepat. Berfikir
terlampau banyak menjadikan saya kurang cekap dalam menguruskan masa
dan pekerjaan. Saya sebenarnya tertekan dengan situasi ini, malah
saya ada berbincang dengan rakan untuk menyelesaikan masalah ini.
Rakan saya mengatakan saya lambat menyiapkan kerja kerana saya
seorang yang teliti dan berhati-hati ketika melakukan sesuatu. Namun
begitu, ini berbeza dengan pandangan saya kerana saya merasakan saya
bukan sahaja lambat menyiapkan kerja malahan kerja yang saya lakukan
itu hasilnya tidak berkualiti. Buat masa ini, saya sedang melatih
diri saya untuk menjadi lebih fokus ketika melakukan sesuatu
pekerjaan dengan harapan agar saya tidak membuang masa dengan
berfikir tentang perkara yang tidak sepatutnya saya fikir ketika itu.
Akhir kata, masih belum terlambat untuk menjadi lebih baik.
No comments:
Post a Comment