Saturday, 18 April 2015

FANTASI

Setahu saya fantasi itu ialah khayalan ataupun angan-angan.
Kalau cakap pasal angan-angan, saya ini memang suka berangan-angan.
Saya suka berfantasi tentang cerita yang saya reka sendiri.
Kebiasaannya selepas menonton anime atau drama, saya suka mengolah semula jalan cerita itu dengan berfantasi. Sejujurnya, berfantasi seperti ini membuang masa saya.
Saya pernah juga terfikir untuk menggunakan daya berfantasi saya dengan menjadi seorang penulis novel. Namun begitu, saya masih sibuk belajar.




Kawan saya pernah memberitahu saya, berfantasi itu memberi manfaat kepadanya.
Sebagai contoh, dia berfantasi untuk menjadi seorang pelajar cemerlang, maka dia berusaha untuk merealisasikan fantasinya itu. Alhamdulillah, kerana fantasinya itu, dia menjadi lebih baik.
Saya sebenarnya tak suka berangan-angan seperti itu kerana takut kecewa disebabkan hajat tak kesampaian.

Berbanding berfantasi, saya lebih suka berfikir. Berfikir mengenai cara-cara untuk menyelesaikan masalah saya misalnya ataupun berfikir tentang apa yang saya nampak di sekitar saya.

Buat masa ini, saya jarang berfantasi. Apa yang saya fokuskan sekarang ialah bagaimana menguruskan masa dengan baik kerana saya kesuntukan masa untuk menyiapkan tugasan dan mengulangkaji pelajaran.

No comments:

Post a Comment