Friday, 1 May 2015

KELEMAHAN SAYA

Hari Selasa yang lepas saya telah mendengar satu ceramah. Apa yang menarik perhatian saya ialah apabila penceramah itu menyarankan agar kami mencari satu kriteria yang istimewa yang ada pada kami. Malangnya, saya belum menemui kriteria tersebut yang ada pada saya kerana saya merasakan saya masih ada banyak kelemahan yang perlu diperbaiki. Saya telah menyenaraikan beberapa kelemahan saya beserta cara untuk memperbaikinya.


  • Saya kerap bangun lambat padahal saya tidur pada awal malam. Oleh itu, saya kesuntukan masa untuk menyiapkan tugasan saya. Jadi saya bercadang untuk membuat dan mengamalkan jadual harian dimana saya memperuntukkan hanya 5 jam sahaja untuk tidur.
  • Saya juga suka membuang masa padahal saya tahu cara untuk menguruskan masa dengan baik cuma saya tidak melakukannya. Oleh itu, saya akan memaksa diri saya untuk menguruskan masa dengan baik.
  • Saya seorang yang pemalas. Saya suka tangguh kerja dan tidur terlebih masa kerana nak mengelakkan diri daripada berhadapan dengan kerja. Jadi, saya perlu mengubah malas itu kepada rajin. Contohnya, apabila saya berasa malas saya perlu ingatkan diri saya bahawa saya mesti menjadi seorang yang rajin. Bukan setakat itu sahaja, saya juga perlu mengingatkan diri tentang akibat malas bekerja.
  • Saya seorang yang tidak boleh fokus terhadap pekerjaan saya. Ini sangat merisaukan saya kerana saya telah mencuba pelbagai cara untuk kekal fokus tetapi gagal. Saya rasa saya perlu elakkan berfikir mengenai perkara yang tidak sepatutnya ketika melakukan sesuatu kerja.
  • Saya seorang yang lembap. Ini memang terbukti. Ramai yang mengatakan bahawa saya ini seorang yang lembap. Saya bertekad untuk menjadi lebih pantas selepas ini. Mungkin saya patut memperuntukkan sedikit masa untuk melakukan setiap pekerjaan untuk melatih diri saya menjadi lebih cekap.
  • Saya seorang yang pesimis. Saya selalu ragu-ragu dengan kebolehan saya atau dengan kata lain saya tidak yakin atau tidak percaya bahawa saya boleh melakukan sesuatu dengan baik. Sepatutnya saya belajar untuk bersyukur. Tidak kisahlah sama ada saya mendapat sesuatu yang baik atau buruk, saya kena ingat bahawa saya mesti bersyukur. Dengan cara itu, mungkin saya dapat mengurangkan fikiran negatif.


No comments:

Post a Comment