Saturday, 23 May 2015

HARI SABTU

Hari Sabtu ku... Memenatkan. Hari Sabtu ku yang sepatutnya menjadi hari yang paling tenang untukku berehat telah hancur sekelip mata apabila aku menerima panggilan daripada ketua pengarah post logistik pada pagi tadi. Aku diminta menemaninya ke DECTAR untuk menguruskan hal makan malam nanti. Tanpa diberi kesempatan untuk aku mandi mahupun gosok gigi, aku diarah untuk ke DECTAR secepat mungkin. Pada waktu petang pula, aku diarah lagi pergi ke DECTAR untuk menolong mereka bertukang. Penat tapi seronok. Aku belajar banyak perkara. Ini kali pertama aku memotong papan kayu dengan menggunakan gergaji. Kemudian, aku pulang untuk berehat tetapi aku tak dapat berehat dengan tenang apabila memikirkan banyak lagi tugasan yang perlu disiapkan dengan segera. Dugaan buat aku sebagai ahli jawatankuasa, terpaksa aku memberi sepenuh tumpuan terhadap majis makan malam kali ini kerana majlis tersebut akan bermula pada malam esok. Akhir kata, aku berharap agar majlis makan malam kali ini berjalan dengan lancar.

PEMBENTANGAN POWERPOINT

Akhirnya satu kerja dah selesai. Hari ini baru ada masa untuk melakukan kerja-kerja lain. Saya akui semalam saya berasa sedikit menyesal kerana tidak bersedia untuk membentangkan powerpoint yang telah kami hasilkan. Saya dapati ramai pelajar bersungguh-sungguh ketika membentangkan powerpoint mereka. Saya juga berasa kagum dengan beberapa pelajar, ada yang nampak yakin dan bersedia ketika membentangkan powerpoint, ada yang nampak macam nak berdebat, ada yang pandai mencuri perhatian kami dan ada juga yang kelihatan kreatif ketika membentang. Namun begitu, saya lebih gemar menonton video yang mereka hasilkan berbanding melihat dan mendengar pembentangan powerpoint mereka. Semalam saya dapati ada video yang kurang jelas bunyinya dan ada juga video yang saya kurang fahami apa yang cuba disampaikan. Namun begitu, saya belajar banyak perkara dari kesilapan-kesilapan yang terjadi semalam.

Wednesday, 20 May 2015

AMALI MAKMAL

Semasa menjawab amali makmal 1, saya tak menggunakan nota sebaliknya saya tengok semula tugasan yang saya pernah buat sebelum ini. Saya juga mengaku bahawa saya bertanya kawan sebelah tentang apa yang saya tak faham. Kemudian Sir Azzwan tegur melalui post di blognya. Saya akui saya melakukan kesilapan tersebut. Selepas itu, Sir Azzwan ada menegur kesalahan-kesalahan yang telah kami lakukan semasa menjawab amali makmal 1. Namun begitu, saya kurang memahami apa yang ditegurnya mungkin sebab saya lembap. Dan seterusnya ke amali makmal 2, mungkin saya mengulangi kesilapan yang sama. Saya pun tak pasti kerana Sir Azzwan tak tunjukkan kesalahan-kesalahan yang kami lakukan begitu juga dengan markah yang kami dapat. Tetapi yang pastinya, nota yang saya sediakan untuk amali makmal 2 tak lengkap sebab saya tak sempat salin apa yang Sir ajar, akhirnya saya terpaksa bertanya Sir tentang apa yang saya tak tahu semasa amali makmal 2 dijalankan. Saya tak salahkan cara Sir mengajar saya sekiranya saya dapat markah rendah untuk amali makmal ini kerana saya akui bahawa saya tidak membuat persediaan yang rapi untuk menduduki amali makmal selama ini.

Tuesday, 19 May 2015

SEDIH

Hari ini emosi saya tak berapa baik. Sedih.
Dah 3 minggu tak balik rumah.
Rindu keluarga yang ada di rumah.
Dalam masa 3 minggu ini, saya agak penat dan tak terurus.
Apa yang saya rancang, tak menjadi disebabkan gangguan-gangguan tertentu.

Kemudian, saya sedih lagi.
Terasa macam dihina, dipandang rendah.
Mungkin saya tak cantik, lembap sebab itu orang tak suka saya.
Mungkin dia bergurau, tapi saya ada perasaan.
Saya terasa. Saya sedih.

Tetapi saya bersyukur kerana
masih ada yang peduli tentang perasaan saya pada hari ini,
masih ada yang setia mendengar luahan hati saya pada hari ini,
dan masih ada yang memberi semangat kepada saya pada hari ini.

Apa yang anda beri pada saya mungkin buat saya sedih pada hari ini tetapi itu tak bermakna saya akan sedih buat selamanya kerana saya tak akan biarkan anda rasa selesa dengan tidak menghormati saya.
Terima kasih.

Saturday, 9 May 2015

10 TIPS BELAJAR BAHASA INGGERIS

Sejak kebelakangan ini, ramai yang minta tips daripada saya tentang bagaimana untuk menguasai bahasa inggeris. Malah, teman lelaki saya turut mengalami masalah yang sama dan baru-baru ini, saya menemaninya ke kedai buku untuk membeli buku dan di dalam buku tersebut ada menyatakan beberapa tips untuk belajar bahasa inggeris dan saya dapati tips yang diberikan adalah lebih kurang sama dengan apa yang saya praktikkan sejak sekolah rendah lagi. Di sini saya kongsikan beberapa tips yang saya pernah amalkan untuk belajar bahasa inggeris.

BUNGA

Saya seorang penggemar bunga. Apabila melihat bunga, saya berasa senang hati.



Bunga kesukaan saya ialah bunga matahari. Saya jatuh cinta apabila melihat bunga matahari semasa di tingkatan lima. Sebelum ini, saya tidak menyukai bunga matahari kerana bunganya yang kembang dan warna kuningnya yang pekat kerana saya lebih gemar warna yang gelap. Namun begitu, perasaan saya berubah apabila dapat melihat bunga matahari didepan mata saya sendiri. Pada ketika itu, saya merasakan bunga matahari sangat cantik. Warna kuningnya seakan-akan melambangkan keriangan dan kegembiraan. Bunganya yang kembang menunjukkan bunga ini sangat riang, seolah-olah bunga ini tidak mempunyai perasaan yang negatif seperti perasaan marah, dengki atau cemburu terhadap bunga lain. Ini hanyalah spekulasi saya sendiri. Kesimpulannya, jangan menilai sesuatu tanpa melihatnya didepan mata sendiri.



Friday, 1 May 2015

SEPULUH

Ada sepuluh perkara mengenai diri saya:

Satu - Apabila berjalan, saya suka pandang bawah. Ada kebaikannya. Contohnya, saya dapat mengelakkan diri daripada sebarang lubang, longkang atau gula-gula getah di tengah jalan. Namun begitu, saya sukar nampak siapa yang berjalan di sekeliling saya sebab saya selalu pandang bawah.

Dua - Saya rabun. Power cermin mata saya tinggi, dalam 400. Jadi, kalau saya tak pakai cermin mata, memang saya sukar melihat dengan jelas. Walaupun begitu, saya tak suka pakai cermin mata. Saya hanya menggunakan cermin mata apabila belajar atau ketika memesan makanan.

Tiga - Saya seorang yang lembap. Saya digelar lampi (lambat pickup) ketika di tingkatan 4. Malah, emak saya turut mengatakan bahawa saya seorang yang lembap. Saya mengambil masa yang lama untuk membuat keputusan contohnya, ketika memilih baju untuk dipakai atau memilih jam untuk dibeli. Ketika seseorang memberikan arahan kepada saya, saya sering terpaku seketika untuk memikirkan dengan jelas tentang arahan tersebut. Saya juga mengambil masa yang agak lama untuk memahami sesuatu soalan.

KELEMAHAN SAYA

Hari Selasa yang lepas saya telah mendengar satu ceramah. Apa yang menarik perhatian saya ialah apabila penceramah itu menyarankan agar kami mencari satu kriteria yang istimewa yang ada pada kami. Malangnya, saya belum menemui kriteria tersebut yang ada pada saya kerana saya merasakan saya masih ada banyak kelemahan yang perlu diperbaiki. Saya telah menyenaraikan beberapa kelemahan saya beserta cara untuk memperbaikinya.