Saturday, 9 May 2015

10 TIPS BELAJAR BAHASA INGGERIS

Sejak kebelakangan ini, ramai yang minta tips daripada saya tentang bagaimana untuk menguasai bahasa inggeris. Malah, teman lelaki saya turut mengalami masalah yang sama dan baru-baru ini, saya menemaninya ke kedai buku untuk membeli buku dan di dalam buku tersebut ada menyatakan beberapa tips untuk belajar bahasa inggeris dan saya dapati tips yang diberikan adalah lebih kurang sama dengan apa yang saya praktikkan sejak sekolah rendah lagi. Di sini saya kongsikan beberapa tips yang saya pernah amalkan untuk belajar bahasa inggeris.

Tip 1: BANYAKKAN MEMBACA TEKS BERBAHASA INGGERIS

Saya sangat suka membaca sejak dari kecil. Semasa di sekolah rendah, saya gemar membaca buku bahasa inggeris walaupun saya kurang faham apa yang saya baca.

Tip 2: JADIKAN KAMUS BAHASA INGGERIS SEBAGAI KAWAN

Sewaktu di sekolah rendah, saya gemar membaca kamus sebelum masuk ke kelas kerana pada ketika itu saya tidak membawa bahan bacaan ketika di perhimpunan kecuali kamus, dan saya tidak sangka kamus ini berguna pada saya. Selain itu, saya juga menggunakan kamus ketika menemui perkataan yang saya tidak tahu maknanya.

Tip 3: BELAJAR TATABAHASA (GRAMMAR) SEIRING DENGAN SEBUTAN DALAM BAHASA INGGERIS

Sejak darjah satu sehingga sekarang, saya masih belajar tatabahasa. Tatabahasa itu sangat penting. Namun begitu, jangan takut untuk bercakap dalam bahasa inggeris walaupun anda tidak menguasai tatabahasa dengan baik.

Tip 4: JANGAN TAKUT UNTUK MELAKUKAN KESILAPAN

Setiap orang pasti melakukan kesilapan ketika belajar, tetapi jangan malu untuk mencuba kerana anda boleh belajar daripada kesilapan yang anda lakukan.

Tip 5: TINGKATKAN KOSA KATA (VOCABULARY)

Belajarlah satu perkataan bahasa inggeris yang anda tidak tahu setiap hari. Carilah makna perkataan tersebut dan gunakanlah dalam percakapan atau penulisan anda kelak. Semasa di tingkatan 1, saya mempunyai sebuah buku Vocabulary untuk meningkatkan kosa kata saya.

Tip 6: RAJIN MENULIS DALAM BAHASA INGGERIS

Saya galakkan anda menulis diari dalam bahasa inggeris ataupun belajar menulis karangan dalam bahasa inggeris. Guru bahasa inggeris saya saya pernah memberitahu saya bahawa untuk menguasai bahasa inggeris, anda perlu rajin menulis dan bercakap dalam bahasa inggeris.

Tip 7 : BIASAKAN TELINGA ANDA MENDENGAR PERCAKAPAN DALAM BAHASA INGGERIS

Anda boleh melakukannya dengan menonton filem atau mendengar muzik berbahasa inggeris.

Tip 8: MULA BERBUAL ATAU BERCAKAP DALAM BAHASA INGGERIS

Ajak kawan-kawan anda berbual dalam bahasa inggeris. Jangan segan untuk mencuba.

Tip 9: BERCAKAP BAHASA INGGERIS KETIKA DI DALAM KELAS BAHASA INGGERIS

Ramai yang segan untuk mempraktikkan cara ini padahal inilah peluang terbaik bagi anda untuk menggunakan bahasa inggeris dalam perbualan anda.

Tak sampai 10 tips pun. SELAMAT MENCUBA!

No comments:

Post a Comment