Saturday, 23 May 2015

HARI SABTU

Hari Sabtu ku... Memenatkan. Hari Sabtu ku yang sepatutnya menjadi hari yang paling tenang untukku berehat telah hancur sekelip mata apabila aku menerima panggilan daripada ketua pengarah post logistik pada pagi tadi. Aku diminta menemaninya ke DECTAR untuk menguruskan hal makan malam nanti. Tanpa diberi kesempatan untuk aku mandi mahupun gosok gigi, aku diarah untuk ke DECTAR secepat mungkin. Pada waktu petang pula, aku diarah lagi pergi ke DECTAR untuk menolong mereka bertukang. Penat tapi seronok. Aku belajar banyak perkara. Ini kali pertama aku memotong papan kayu dengan menggunakan gergaji. Kemudian, aku pulang untuk berehat tetapi aku tak dapat berehat dengan tenang apabila memikirkan banyak lagi tugasan yang perlu disiapkan dengan segera. Dugaan buat aku sebagai ahli jawatankuasa, terpaksa aku memberi sepenuh tumpuan terhadap majis makan malam kali ini kerana majlis tersebut akan bermula pada malam esok. Akhir kata, aku berharap agar majlis makan malam kali ini berjalan dengan lancar.

No comments:

Post a Comment