Di UKM, saya gagal merancang kewangan dengan baik berbanding sebelum ini. Harga makanan di sini biasa-biasa je, mungkin mahal sikit berbanding di KMPk tetapi tidak terlalu mahal. Jadi, saya ingin mengkaji semula di mana kesilapan saya dalam menguruskan perbelanjaan saya di sini. Antara faktor saya pokai :
1. Membeli pakaian berlebihan

2. Selalu keluar ke shopping mall
Sekadar gambar hiasan
Aduhai~ Saya kerap ke shopping mall sejak kebelakangan ni. Kononnya "masih ada barang keperluan yang belum dibeli.." ALASAN!! Padahal dah sampai sana bukan barang keperluan yang saya cari dulu, tapi benda lain. Parah, parah~ Jadi lepas ni saya kena kurangkan kekerapan ke shopping mall, sekurang-kurangnya sekali sebulan je dan yang paling penting saya kena rancang awal-awal barang apa yang hendak dibeli supaya sekali pergi ke shopping mall tu semua barang keperluan dah beli.Jadi lepas ni tak ada alasan "masih ada barang keperluan yang belum dibeli~".
3. Membeli makanan yang berlebihan

Saya ingatkan saya berbelanja untuk makanan tak lebih RM10 sehari.. Rupa-rupanya lebih RM10! Baru saya perasan yang saya banyak beli makanan yang merepek dengan ALASAN "makanan ringan ni boleh la jadi pencuci mulut lepas makan nasi nanti". Saya patut tanya pada diri saya sebelum beli benda macam ni, "Kau nak makan untuk hidup ke hidup untuk makan?".. Sekali-sekala nak makan tak apa la.. Jangan banyak kali k!
Berdasarkan kajian saya, saya banyak bagi alasan yang tak munasabah langsung.. Biasa la manusia ni memang suka bagi alasan. Bukan setakat mengkaji masalah saya boros ni tetapi saya perlu mengkaji alasan-alasan yang saya selalu bagi. Sekian penyiasatan saya pada hari ini..
No comments:
Post a Comment