Tuesday, 31 March 2015

TANGGUNGJAWAB

Tanggungjawab

Termenung saya seketika memikirkan tanggungjawab saya di muka bumi ini. Lalu teringat kembali apa yang saya sudah lakukan. Adakah saya seorang yang bertanggungjawab? Rasanya tidak. Saya mengaku bahawa saya kurang kesedaran mengenai tanggungjawab sendiri.

Makna dari istilah “tanggungjawab” adalah “siap menerima kewajipan atau tugas”.
Sumber : Hidup perlu berbakti

Persoalannya,
Adakah saya menjalankan kewajipan saya sebagai seorang hamba Allah?
Adakah saya menjalankan kewajipan saya sebagai seorang anak?
Adakah saya menjalankan kewajipan saya sebagai seorang pelajar?


Tanggungjawab tidak terhad.
Banyak tanggungjawab yang perlu kita pikul tanpa kita sedari.
Ada tanggungjawab kita terhadap diri sendiri.
Ada tanggungjawab kita terhadap agama.
Ada tanggungjawab kita terhadap masyarakat.
Ada tanggungjawab kita terhadap negara.
Bukan itu sahaja, ada banyak lagi.

Namun  begitu, kebanyakan orang mengelak daripada tanggungjawab, kerana ia jauh lebih mudah untuk “menghindari” tanggungjawab, daripada “menerima” tanggungjawab.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Setiap muslim  akan dipertanggungjawab terhadap segala amalannya di dunia ini. Jika dia berusaha dan bersungguh-sungguh melaksanakan amanah dan tugas yang dibebankan dibahunya dengan penuh rasa tanggungjawab maka ianya akan meringankan timbangan amal di hari akhirat nanti. - Ustaz Abu Basyer

Insyaa Allah, saya cuba untuk melaksanakan tanggungjawab saya dengan baik dan saya berazam untuk menjadi lebih baik berbanding sebelum ini.

No comments:

Post a Comment