Tuesday, 31 March 2015

HARAPAN

Harapan
iaitu keinginan supaya sesuatu terjadi.
Saya ada harapan, semua orang ada harapan.
Harapan ini lah yang memberi kita kekuatan.

Saya pernah berharap untuk menjadi seorang anak yang baik,
maka saya berusaha melaksanakan tanggungjawab saya terhadap kedua-dua ibu bapa saya.
Saya juga pernah berharap untuk menjadi seorang pelajar cemerlang,
maka saya belajar bersungguh-sungguh untuk berjaya.
Dan begitulah semua orang, mengharapkan sesuatu yang baik buat diri mereka.

Selagi ada harapan, selagi itu kita tidak boleh berputus asa.
Berdoalah kepada Tuhan agar hasrat dan keinginan kita tercapai.
Saya percaya masih belum terlambat bagi mereka yang ingin bertaubat,
atau mereka yang ingin berubah menjadi lebih baik berbanding sebelum ini.




No comments:

Post a Comment