Mana yang paling best?
-Sekadar gambar hiasan
|
AMARAN! |
Tahukah anda, radiasi telefon bimbit boleh menyebabkan barah otak. Selain itu, radiasi telefon bimbit dikatakan dapat merosakkan sel-sel darah serta mengubah DNA manusia. Radiasi telefon bimbit juga dipercayai dapat merendahkan kualiti sperma (bagi orang lelaki yang selalu menyimpan telefon bimbit dalam poket hadapan seluar). Akhir sekali, tidak hairanlah kalau ramai yang mengadu sakit kepala atau pening kepala selepas menggunakan telefon bimbit. Mungkin ini adalah tanda-tanda awal sebelum anda mengalami tumor otak atau kanser otak kerana tidak dapat dinafikan bahawa telefon bimbit bersifat karsinogenik.
-Sekadar gambar hiasan
|
Disini saya ingin kongsikan beberapa langkah untuk mengurangkan kesan buruk radiasi telefon bimbit.
- Sebelum membeli telefon bimbit, buat kajian tentang telefon bimbit di internet. Cari telefon bimbit yang rendah radiasinya.
- Elakkan menggunakan telefon bimbit apabila signal bar rendah kerana ketika ini telefon bimbit mengeluarkan radiasi yang lebih tinggi untuk mendapatkan signal.
- Gunakan headset tanpa wayar atau pembesar suara (speaker) telefon bimbit kerana jaraknya dengan badan adalah jauh dan lebih selamat.
- Seeloknya, kurangkan membuat panggilan. Gunakan teks pesanan ringkas (SMS) kerana lebih selamat jika telefon bimbit berada jauh dari badan.
- Letakkan bahagian depan telefon bimbit (bahagian pad nombor dan huruf) ke arah badan kerana radiasi telefon bimbit terpancar dari bahagian belakangnya.
- Kurangkan penggunaan telefon bimbit apabila bateri lemah kerana kesan radiasi tinggi pada masa itu.
- Elakkan meletakkan telefon bimbit di bawah bantal atau di belakang telinga ketika tidur.
- Gunakan telefon bimbit sekiranya perlu sahaja.
Sumber : Mentor Zai Amin Network, Hairul.com, Sitik's blog
No comments:
Post a Comment