Wednesday, 4 March 2015

ME


TENTANG DIRI SAYA...



Nama diberi Nur Wahidah binti Yaacob. Saya dilahirkan pada 21 April 1995 di Hospital Besar Kuala Terengganu. Namun begitu, saya menetap di Senawang, Seremban, Negeri Sembilan. Saya pernah belajar di SK Senawang, SMK Senawang 3 (sekarang dikenali sebagai SMK Taman Forest Heights), kemudian saya melanjutkan pengajian selama sebulan di SMK Senawang dan seterusnya saya belajar di SM Sains Tuanku Ja’afar (SMSTJ). Di SMSTJ, saya mengambil aliran sains tulen. Namun begitu, apabila saya telah memasuki Kolej Matrikulasi Perak, saya membuat keputusan untuk menukar aliran daripada aliran sains modul 1 (sains tulen) kepada aliran perakaunan kerana saya lebih berminat untuk belajar subjek perakaunan. Seterusnya, saya melanjutkan pengajian dalam bidang ekonomi di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM, Bangi).


Saya merupakan anak pertama dari empat orang adik-beradik. Adik-adik saya semuanya lelaki, saya seorang sahaja perempuan. Ibu saya merupakan seorang suri rumah sepenuh masa manakala ayah saya merupakan seorang penyelia kilang. Saya tidak mempunyai hobi dan makanan atau minuman kegemaran kerana saya mudah bosan dan rasa muak dengan sesuatu benda tetapi saya ada warna kegemaran iaitu warna hitam, putih, biru, ungu dan kelabu. Saya bercita-cita untuk menjadi seorang pensyarah untuk beberapa tahun kemudian menjadi seorang ahli perniagaan. Sebelum ini, saya pernah bekerja sebagai pembantu jualan (sales assistant) di sebuah kedai telefon bimbit, kedai runcit dan kedai baju. Banyak pengetahuan yang saya dapat setelah bekerja walaupun saya bekerja hanya untuk sementara waktu, ilmu yang saya perolehi ini akan saya gunakan semasa menubuhkan perniagaan saya nanti. Moto hidup saya ialah GAGAL SEKALI BUKAN BERMAKNA GAGAL BUAT SELAMANYA...

FB : Whyda Yaacob



No comments:

Post a Comment