1. Buat "to-do-list"
Tak kisah lah nak buat to-do-list tu kat mana-mana. Kalau saya, saya lebih suka gunakan SplenDO (Smart task list). Application ini boleh di install ke dalam smartphone anda, ada je kat playstore atau boleh download di sini splenDO. Kenapa saya guna splenDO? Sebab application ini mudah digunakan, cepat dan tidak membuang masa serta terdapat notification yang menggunakan suara.
Contoh :
2. Bezakan tugas yang perlu disegerakan dengan tugas yang penting
Saya gunakan sistem pengurusan masa Covey untuk menentukan keutamaan kerja saya.
Quadral 1 : SEGERA + PENTING
Contoh : siapkan assignment yang perlu dihantar esok
Quadral 2 : PENTING + TAK SEGERA
Contoh : basuh baju
Quadral 3 : SEGERA + TAK PENTING
Contoh : tengok wayang dengan kawan petang ni
Quadral 4 : TAK PENTING + TAK SEGERA
Contoh : tengok tv
3. Sistem 10 minit
Terpulang kepada anda tentang bagaimana untuk menggunakan sistem ini. Saya lebih suka menggunakan 10 minit berbanding 2 minit atau 5 minit untuk menyelesaikan satu kerja. Sistem ini saya wujudkan untuk mengelakkan pembaziran masa. Kebiasaannya, ramai orang yang membazirkan masa untuk melakukan sesuatu kerja yang boleh diselesaikan pada masa yang sangat singkat. Sebagai contoh, ramai orang membuang masa di tempat mandi atau memilih pakaian untuk dipakai pada hari tersebut sehingga menghabiskan masa selama 1 jam. Ish ish ish.. tak patut la.. Masa itu emas. Jadi gunalah sistem 10 minit ini supaya penggunaan masa untuk membuat sesuatu kerja dapat dikurangkan.
4. Sediakan jadual masa bekerja dan jadual berehat
Jadual kerja sangat penting untuk memastikan pekerjaan kita berjalan lancar. Tapi stress kan kalau jadual ni tak dapat diikuti terutamanya bagi orang yang mementingkan kesempurnaan macam saya. Bila dah tertekan, habis semua kerja yang patut dilakukan tergendala. Aiyooo.. Oleh itu, saya akan sediakan jadual masa bekerja yang selesa dan berkesan untuk diri saya disamping memperuntukkan waktu rehat untuk diri saya. Rancang waktu rehat dengan baik taw!
5. Waktu rehat, berhenti buat atau fikir pasal kerja!
Orang dah bagi rehat, rehat la!! Waktu rehat seharusnya kita manfaatkan dengan baik. Tenangkan fikiran, elakkan diri daripada sebarang tekanan okay!
No comments:
Post a Comment