Wednesday, 4 March 2015

HIV dan AIDS




Hari ni saya nak bercakap mengenai HIV dan AIDS. Bunyi macam seram sebab kita tahu kan yang penyakit ni dah meragut banyak nyawa tapi saya tak tahu banyak mengenai penyakit ini sehinggalah saya berjumpa dengan sepasang suami isteri yang dijangkiti HIV.

HIV tu apa? AIDS tu apa? Kebiasaannya, jawapan yang kita dengar adalah HIV tu ialah Human Immunodeficiency Virus manakala AIDS tu ialah Acquired Immune Deficiency Syndrome tapi ada je orang yang tak tau. So kat sini saya nak berkongsi tentang HIV dan AIDS.



HIV (Human Immunodeficiency Virus/Virus Kurang Daya Tahan Melawan Penyakit) merupakan virus yang memusnahkan sistem imunisasi badan dan menyebabkan pesakit terdedah kepada pelbagai jenis penyakit dan kanser. AIDS (Acquired Immune Deficiency Syndrome/Sindrom Kurang Daya Tahan Penyakit Akut yang Teruk) merupakan peringkat meruncing yang mana pesakit yang dijangkiti HIV mula menunjukkan jangkitan yang khusus atau sel-sel pertahanan badan turun sehingga 200/μl. Sumber : MyHEALTH Kementerian Kesihatan Malaysia

Hahaha.. Saya gelak sebab mesti ramai yang dah baca definisi kat atas ni tapi masih tak tau bezakan antara HIV dan AIDS kan? Secara ringkas apa yang saya faham ialah HIV ni boleh bertukar jadi AIDS. Kiranya, AIDS ni dah peringkat teruk la. Apabila seseorang dijangkiti HIV, virus tu akan berkembang biak dalam badan untuk merosakkan sistem pertahanan badan. Apabila sistem pertahanan badan kita dah lumpuh, kita akan mudah dijangkiti penyakit lain dan masa tu la peringkat ini kita panggil peringkat AIDS. Contohnya, orang yang ada penyakit tibi, kita cakap dia ada penyakit tibi kan tapi orang yang ada HIV kemudian dia dijangkiti penyakit tibi, dia dikatakan pesakit AIDS. Faham tak?

Persoalannya, sejak bila wujud penyakit ni? Penyakit ini mula dikenalpasti pada awal tahun 1981. Kes pertama yang dikenalpasti sebagai AIDS berlaku di Amerika Syarikat pada awal tahun 1981 apabila kebanyakan lelaki homoseksual di New York dan California menunjukkan jangkitan penyakit luar biasa dan kanser yang sukar dirawat. Pada masa itu, AIDS tak ada nama tetapi jelas pesakit-pesakit tu menunjukkan gejala sindrom yang sama. So, korang yang gay tu, still nak on dengan project korang ke?

Okay, sekarang saya nak cakap pasal sel CD4.. Krik krik.. Hahaha... Lagi sekali saya gelak sebab korang mesti tak tau sel CD4 tu apa kan.. Okay, tak pe sebab saya akan terangkan apa kaitan sel CD4 dengan penyakit ni. Sel CD4 ialah sel pertahanan tubuh badan yang dipanggil 'CD4 helper lymphocyte' (sel pembantu CD4). Sel CD4 bertindak sebagai utusan dengan memberitahu kepada sel-sel sistem pertahanan tubuh badan yang lain untuk melawan organisma yang menceroboh. HIV akan menjangkiti sel CD4. Apabila sel CD4 lemah atau hilang, seseorang tu dikatakan dijangkiti AIDS. Orang yang mendapat AIDS, tidak mampu untuk melawan pelbagai jangkitan dan boleh juga mendapat jenis kanser yang tertentu. Orang dewasa sihat biasanya mempunyai bilangan sel-T CD4+ sekitar 600-1,500/mm3 darah manakala diagnosis AIDS akan diberikan kepada individual dijangkiti HIV apabila kiraan sel-T CD4+ jatuh di bawah 200 sel/millimeter padu (mm3) darah.




Tanda-tanda seseorang tu ada penyakit AIDS/HIV ialah 
  • Pembengkakkan pada nodus limfa, hati atau limpa.
  • Ruam pada kulit.
  • Serawan Mulut (tompok-tompok putih dalam mulut iaitu jangkitan kulat).
  • Jangkitan yang berulang-ulang dan berpanjangan.
  • Demam yang berpanjangan atau cirit-birit.
  • Pertumbuhan terbantut.

Pada pendapat saya, tanda-tanda ni tak semestinya ada pada setiap pesakit AIDS/HIV. Macam apa yang saya dengar dari seorang wanita ni, apabila dia dijangkiti HIV, dia mudah rasa penat dan lesu manakala suaminya yang dijangkiti HIV pula demam panas yang berpanjangan.



HIV dapat disebarkan melalui cecair badan apabila melakukan perhubungan seks tanpa perlindungan seperti kondom, perkongsian jarum suntikan dadah, dari ibu ke anak semasa mengandung atau semasa menyusukan anak. Bila saya tekankan perkataan cecair badan...... air liur, air kencing, air mata, peluh, tahi atau muntah tidak dikira sebagai cecair badan yang berjangkit. Jadi, tak salah kalau kita nak peluk atau cium dengan pesakit HIV (asalkan tak bertentangan dengan hukum syarak). Kemudian, kita boleh bergaul dengan mereka macam biasa, makan dengan mereka atau berenang satu kolam dengan mereka. Akhir sekali, gigitan nyamuk atau serangga lain pun tidak menyebabkan jangkitan HIV.

Itu sahaja maklumat yang saya nak kongsikan tapi maaf, rawatan untuk jangkitan HIV saya tak tahu.


No comments:

Post a Comment