Monday, 1 June 2015

AKHIRNYA

Akhirnya, dah masuk minggu ke 14, dah masuk bulan Jun. Masa begitu pantas berlalu. Tak lama lagi berhijrahlah saya dari tahun 1 ke tahun 2. Minggu depan pula bermulalah peperiksaan akhir semester 2. Nampak gayanya saya kenalah memulakan persediaan untuk menduduki peperiksaan kali ini. Semester kali ini agak mencabar. Minggu ulangkaji tidak diberikan kali ini, jadi masa yang ada perlu digunakan dengan sebaik mungkin. Masih banyak lagi tugasan yang belum diselesaikan. Ulangkaji pelajaran pun belum dimulakan lagi. Minggu ini masih tetap sibuk seperti minggu-minggu yang lepas. Kerja semakin hari semakin bertambah. Rasa tertekan juga sebenarnya. 

Akhir kata, elakkan menangguh kerja, bersedia lebih awal, jangan buang masa, dan utamakan keperluan berbanding kehendak.

Sekian.

Masalah kewangan (Boros)

Itulah masalah yang saya hadapi dan perlu diselesaikan kali ini untuk memenuhi kehendak LMCK1421 PEMIKIRAN KRITIKAL & PENYELESAIAN MASALAH.

Antara punca saya boros adalah disebabkan diri saya yang suka berbelanja ketika membeli-belah atau keluar berjalan-jalan bersama rakan-rakan. Saya dapati diri saya suka mengikuti perbuatan rakan-rakan saya ketika meluangkan masa dengan mereka. Apa sahaja barang yang mereka beli, saya juga turut membelinya.

Selain itu, saya banyak membeli barang yang bukan keperluan saya. Sejak kebelakangan ini, saya perasan bahawa saya suka masuk ke kedai walaupun tiada barang yang ingin dibeli dan akhirnya saya mengeluarkan duit untuk membeli barang yang tak sepatutnya dibeli.

Saya juga gagal merancang kewangan dengan baik. Menurut ibu saya, saya tidak menetapkan jumlah perbelanjaan dalam sehari. Oleh sebab itu, duit perbelanjaan yang ayah saya beri selalu tidak mencukupi.

Berikut merupakan jalan penyelesaian bagi masalah kewangan (boros) saya:

1. Kurangkan berjalan-jalan untuk membeli-belah.

2. Membeli barang keperluan sahaja.

3. Mengawal perbelanjaan.

17 Amalan Yang Menyebabkan Mendapat Seksa Kubur

Saya terjumpa satu post yang saya pernah kongsikan kepada rakan-rakan saya di facebook sebelum ini. Terdetik dihati saya untuk kongsikan disini. Disini saya ringkaskan amalan-amalan yang boleh menyebabkan kita mendapat seksa kubur. Disebutkan oleh Imam Ibnu Qayyim rahimahullah bahawa seksa kubur ditimpakan kerana berbagai macam dosa dan maksiat, di antaranya:

1. Melaga-lagakan (mengadu domba) dan mengampu.
2. Tidak basuh dengan suci selepas buang air kecil.
3. Solat tanpa bersuci.
Rasulullah S.A.W. bersabda maksudnya : “Allah tidak menerima solat tanpa bersuci” (Hadis Riwayat Muslim ) Diriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W. pernah melihat seseorang melakukan solat, sedangkan pada tumitnya ada sedikit yang tidak terkena siraman air wuduk. Nabi S.A.W. memerintahkannya untuk mengulangi wuduk dan solatnya . (Hadis Riwayat Ahmad dan Abu Dawud) Nabi S.A.W. menyuruh orang tersebut untuk mengulangi solatnya kerana solat tersebut dilakukan tanpa bersuci dan tidak sah.
4. Berdusta.
Rasulullah S.A.W. bersabda kepada Sayyidina Ali k.w. yang bermaksud : “Wahai Ali ! Berbuatlah jujur sekalipun hal itu akan membahayakan dirimu di dunia. Sesungguhnya kejujuran itu bermanfaat di kemudian hari. Dan janganlah berdusta sekalipun bermanfaat bagimu ketika itu kerana kedustaan itu akan menyulitkan kamu di kemudian hari.” 
5. Melalaikan dan malas mengerjakan solat.
6. Tidak mengeluarkan zakat.
7. Berzina.
8. Mencuri.
9. Berkhianat.
10. Menfitnah sesama umat Islam.
11. Makan riba.
12. Tidak menolong orang yang di zalimi.
13. Minum khamar ( tuak, arak atau minuman keras ).
14. Memanjangkan kain hingga di bawah mata kaki.
Nabi S.A.W. bersabda maksudnya : “Barangsiapa menyeret pakaiannya kerana sombong maka Allah tidak memandangnya pada hari kiamat”.(Hadis Riwayat Bukhari)
15. Membunuh.
16. Mencaci sahabat Rasulullah S.A.W.
17. Mati dalam keadaan membawa bidaah.

Saturday, 23 May 2015

HARI SABTU

Hari Sabtu ku... Memenatkan. Hari Sabtu ku yang sepatutnya menjadi hari yang paling tenang untukku berehat telah hancur sekelip mata apabila aku menerima panggilan daripada ketua pengarah post logistik pada pagi tadi. Aku diminta menemaninya ke DECTAR untuk menguruskan hal makan malam nanti. Tanpa diberi kesempatan untuk aku mandi mahupun gosok gigi, aku diarah untuk ke DECTAR secepat mungkin. Pada waktu petang pula, aku diarah lagi pergi ke DECTAR untuk menolong mereka bertukang. Penat tapi seronok. Aku belajar banyak perkara. Ini kali pertama aku memotong papan kayu dengan menggunakan gergaji. Kemudian, aku pulang untuk berehat tetapi aku tak dapat berehat dengan tenang apabila memikirkan banyak lagi tugasan yang perlu disiapkan dengan segera. Dugaan buat aku sebagai ahli jawatankuasa, terpaksa aku memberi sepenuh tumpuan terhadap majis makan malam kali ini kerana majlis tersebut akan bermula pada malam esok. Akhir kata, aku berharap agar majlis makan malam kali ini berjalan dengan lancar.

PEMBENTANGAN POWERPOINT

Akhirnya satu kerja dah selesai. Hari ini baru ada masa untuk melakukan kerja-kerja lain. Saya akui semalam saya berasa sedikit menyesal kerana tidak bersedia untuk membentangkan powerpoint yang telah kami hasilkan. Saya dapati ramai pelajar bersungguh-sungguh ketika membentangkan powerpoint mereka. Saya juga berasa kagum dengan beberapa pelajar, ada yang nampak yakin dan bersedia ketika membentangkan powerpoint, ada yang nampak macam nak berdebat, ada yang pandai mencuri perhatian kami dan ada juga yang kelihatan kreatif ketika membentang. Namun begitu, saya lebih gemar menonton video yang mereka hasilkan berbanding melihat dan mendengar pembentangan powerpoint mereka. Semalam saya dapati ada video yang kurang jelas bunyinya dan ada juga video yang saya kurang fahami apa yang cuba disampaikan. Namun begitu, saya belajar banyak perkara dari kesilapan-kesilapan yang terjadi semalam.

Wednesday, 20 May 2015

AMALI MAKMAL

Semasa menjawab amali makmal 1, saya tak menggunakan nota sebaliknya saya tengok semula tugasan yang saya pernah buat sebelum ini. Saya juga mengaku bahawa saya bertanya kawan sebelah tentang apa yang saya tak faham. Kemudian Sir Azzwan tegur melalui post di blognya. Saya akui saya melakukan kesilapan tersebut. Selepas itu, Sir Azzwan ada menegur kesalahan-kesalahan yang telah kami lakukan semasa menjawab amali makmal 1. Namun begitu, saya kurang memahami apa yang ditegurnya mungkin sebab saya lembap. Dan seterusnya ke amali makmal 2, mungkin saya mengulangi kesilapan yang sama. Saya pun tak pasti kerana Sir Azzwan tak tunjukkan kesalahan-kesalahan yang kami lakukan begitu juga dengan markah yang kami dapat. Tetapi yang pastinya, nota yang saya sediakan untuk amali makmal 2 tak lengkap sebab saya tak sempat salin apa yang Sir ajar, akhirnya saya terpaksa bertanya Sir tentang apa yang saya tak tahu semasa amali makmal 2 dijalankan. Saya tak salahkan cara Sir mengajar saya sekiranya saya dapat markah rendah untuk amali makmal ini kerana saya akui bahawa saya tidak membuat persediaan yang rapi untuk menduduki amali makmal selama ini.

Tuesday, 19 May 2015

SEDIH

Hari ini emosi saya tak berapa baik. Sedih.
Dah 3 minggu tak balik rumah.
Rindu keluarga yang ada di rumah.
Dalam masa 3 minggu ini, saya agak penat dan tak terurus.
Apa yang saya rancang, tak menjadi disebabkan gangguan-gangguan tertentu.

Kemudian, saya sedih lagi.
Terasa macam dihina, dipandang rendah.
Mungkin saya tak cantik, lembap sebab itu orang tak suka saya.
Mungkin dia bergurau, tapi saya ada perasaan.
Saya terasa. Saya sedih.

Tetapi saya bersyukur kerana
masih ada yang peduli tentang perasaan saya pada hari ini,
masih ada yang setia mendengar luahan hati saya pada hari ini,
dan masih ada yang memberi semangat kepada saya pada hari ini.

Apa yang anda beri pada saya mungkin buat saya sedih pada hari ini tetapi itu tak bermakna saya akan sedih buat selamanya kerana saya tak akan biarkan anda rasa selesa dengan tidak menghormati saya.
Terima kasih.

Saturday, 9 May 2015

10 TIPS BELAJAR BAHASA INGGERIS

Sejak kebelakangan ini, ramai yang minta tips daripada saya tentang bagaimana untuk menguasai bahasa inggeris. Malah, teman lelaki saya turut mengalami masalah yang sama dan baru-baru ini, saya menemaninya ke kedai buku untuk membeli buku dan di dalam buku tersebut ada menyatakan beberapa tips untuk belajar bahasa inggeris dan saya dapati tips yang diberikan adalah lebih kurang sama dengan apa yang saya praktikkan sejak sekolah rendah lagi. Di sini saya kongsikan beberapa tips yang saya pernah amalkan untuk belajar bahasa inggeris.

BUNGA

Saya seorang penggemar bunga. Apabila melihat bunga, saya berasa senang hati.



Bunga kesukaan saya ialah bunga matahari. Saya jatuh cinta apabila melihat bunga matahari semasa di tingkatan lima. Sebelum ini, saya tidak menyukai bunga matahari kerana bunganya yang kembang dan warna kuningnya yang pekat kerana saya lebih gemar warna yang gelap. Namun begitu, perasaan saya berubah apabila dapat melihat bunga matahari didepan mata saya sendiri. Pada ketika itu, saya merasakan bunga matahari sangat cantik. Warna kuningnya seakan-akan melambangkan keriangan dan kegembiraan. Bunganya yang kembang menunjukkan bunga ini sangat riang, seolah-olah bunga ini tidak mempunyai perasaan yang negatif seperti perasaan marah, dengki atau cemburu terhadap bunga lain. Ini hanyalah spekulasi saya sendiri. Kesimpulannya, jangan menilai sesuatu tanpa melihatnya didepan mata sendiri.



Friday, 1 May 2015

SEPULUH

Ada sepuluh perkara mengenai diri saya:

Satu - Apabila berjalan, saya suka pandang bawah. Ada kebaikannya. Contohnya, saya dapat mengelakkan diri daripada sebarang lubang, longkang atau gula-gula getah di tengah jalan. Namun begitu, saya sukar nampak siapa yang berjalan di sekeliling saya sebab saya selalu pandang bawah.

Dua - Saya rabun. Power cermin mata saya tinggi, dalam 400. Jadi, kalau saya tak pakai cermin mata, memang saya sukar melihat dengan jelas. Walaupun begitu, saya tak suka pakai cermin mata. Saya hanya menggunakan cermin mata apabila belajar atau ketika memesan makanan.

Tiga - Saya seorang yang lembap. Saya digelar lampi (lambat pickup) ketika di tingkatan 4. Malah, emak saya turut mengatakan bahawa saya seorang yang lembap. Saya mengambil masa yang lama untuk membuat keputusan contohnya, ketika memilih baju untuk dipakai atau memilih jam untuk dibeli. Ketika seseorang memberikan arahan kepada saya, saya sering terpaku seketika untuk memikirkan dengan jelas tentang arahan tersebut. Saya juga mengambil masa yang agak lama untuk memahami sesuatu soalan.

KELEMAHAN SAYA

Hari Selasa yang lepas saya telah mendengar satu ceramah. Apa yang menarik perhatian saya ialah apabila penceramah itu menyarankan agar kami mencari satu kriteria yang istimewa yang ada pada kami. Malangnya, saya belum menemui kriteria tersebut yang ada pada saya kerana saya merasakan saya masih ada banyak kelemahan yang perlu diperbaiki. Saya telah menyenaraikan beberapa kelemahan saya beserta cara untuk memperbaikinya.

Friday, 24 April 2015

LAMBAT

Saya sedar bahawa saya selalu lambat. Saya lambat bertindak kerana terlalu banyak berfikir tentang perkara yang tidak sepatutnya. Akhirnya, kerja dan tugasan saya banyak tertangguh. Masalah utamanya ialah saya banyak berfikir untuk melakukan sesuatu pekerjaan. Saya bukan seorang yang dapat menyiapkan sesuatu pekerjaan dengan cepat. Berfikir terlampau banyak menjadikan saya kurang cekap dalam menguruskan masa dan pekerjaan. Saya sebenarnya tertekan dengan situasi ini, malah saya ada berbincang dengan rakan untuk menyelesaikan masalah ini. Rakan saya mengatakan saya lambat menyiapkan kerja kerana saya seorang yang teliti dan berhati-hati ketika melakukan sesuatu. Namun begitu, ini berbeza dengan pandangan saya kerana saya merasakan saya bukan sahaja lambat menyiapkan kerja malahan kerja yang saya lakukan itu hasilnya tidak berkualiti. Buat masa ini, saya sedang melatih diri saya untuk menjadi lebih fokus ketika melakukan sesuatu pekerjaan dengan harapan agar saya tidak membuang masa dengan berfikir tentang perkara yang tidak sepatutnya saya fikir ketika itu. Akhir kata, masih belum terlambat untuk menjadi lebih baik.


PEMBAZIRAN MAKANAN

Firman Allah S.W.T. dalam Surah Al-Israa' ayat 26-27, yang bermaksud: "...dan janganlah kamu belanjakan harta kamu dengan boros yang melampau-lampau. Sesungguhnya orang yang membazir (boros) itu adalah saudara syaitan, sedang syaitan itu pula adalah makhluk yang sangat kufur (engkar) kepada Tuhannya".

Islam amat melarang umatnya melakukan pembaziran sehingga Allah S.W.T menyifatkan orang-orang yang suka membazir itu sebagai saudara syaitan.

Astaghfirullah al-Azim.
Sepanjang saya menetap di UKM ini, saya kerap membazir makanan.
Saya malu sebenarnya dengan rakan sebilik apabila makanan yang dibeli tidak habis dimakan
apatah lagi menjadi saudara syaitan. Nauzubillah min zalik.

Saturday, 18 April 2015

FANTASI

Setahu saya fantasi itu ialah khayalan ataupun angan-angan.
Kalau cakap pasal angan-angan, saya ini memang suka berangan-angan.
Saya suka berfantasi tentang cerita yang saya reka sendiri.
Kebiasaannya selepas menonton anime atau drama, saya suka mengolah semula jalan cerita itu dengan berfantasi. Sejujurnya, berfantasi seperti ini membuang masa saya.
Saya pernah juga terfikir untuk menggunakan daya berfantasi saya dengan menjadi seorang penulis novel. Namun begitu, saya masih sibuk belajar.

ANIME

Jigoku Shoujo
Sejak berumur 12 tahun, saya sudah meminati anime (animasi Jepun).
Antara anime yang paling saya suka ialah Jigoku Shoujo (Hell Girl) dan Mobile Suit Gundam Seed.

Antara sebab saya menyukai kedua-dua anime ini adalah kerana setiap watak dilukis dengan sangat cantik.
Selain itu, OST (Original Soundtrack) yang digunakan amat sesuai dengan anime berkenaan dan sedap didengar. Saya juga turut menggemari watak utama dalam kedua-dua anime tersebut.

Thursday, 16 April 2015

CUTI MID-SEM

Kentang goreng
Sepanjang cuti mid-sem ini, macam-macam perkara saya lakukan.
Alhamdulillah, saya sudah mula belajar masak di rumah.
Antara makanan yang saya belajar masak ialah
samosa isi kentang, cendawan goreng, dan kentang goreng.



Samosa
Cendawan goreng


REALITI

Realiti. Bak kata Sir Azzwan, ada yang manis ada yang pahit.
Dalam diam, saya menangis kerana realiti kehidupan saya tak seindah mana.

Ada orang kata saya beruntung,
kerana...
pandai, padahal saya seorang yang "lampi" - "lambat pickup"
kalaulah mereka tahu,
saya pernah mendapat keputusan gagal banyak kali,
saya bersusah payah mengulangkaji pelajaran banyak kali,
dan dimaki guru banyak kali kerana lampi,
tapi saya lalui perkara yang pahit ini kerana ingin berjaya dalam pelajaran.

Realiti kehidupan memang macam itu.
Untuk mendapatkan sesuatu memerlukan usaha dan pengorbanan.

Saturday, 4 April 2015

PERATURAN



Apa itu PERATURAN?
Apakah kepentingan peraturan?

Pada pendapat saya, peraturan itu adalah tatatertib
yang seharusnya diikuti untuk kebaikan bersama.
Dengan kata lain, peraturan ini diwujudkan untuk mencapai tujuan tertentu.

Kebiasaannya, sesuatu peraturan itu seharusnya
mendatangkan manfaat kepada kita semua.
Saya berpendapat bahawa sekiranya peraturan itu
tidak memberi sebarang faedah kepada diri kita,
maka seeloknya kita melanggar peraturan tersebut.
Namun begitu, ini tidak bermakna ada peraturan yang memudaratkan.
Ya, mungkin peraturan itu menyusahkan kita pada mulanya,
tetapi cuba fikirkan manfaat yang kita perolehi
daripada peraturan yang ditetapkan tersebut.

TAHI CICAK

Tengok cicak pun dah geli,
takkan la saya nak tunjuk tahi cicak,
nanti ada pula yang tak lalu makan.


Hari ini saya bukan nak bercerita tentang fakta tahi cicak.
Saya cuma nak beritahu yang saya sudah lama GERAM,
geram dengan cicak yang suka berak merata-rata.
Macam manusia juga, cicak pun tahu malu.
Cicak tak nak berak di hadapan orang, sebab takut orang nampak.
Selalunya cicak cari tempat yang tak ada orang tinggal
atau duduk untuk melepaskan hajatnya itu.
Nampak sangatlah yang saya ini sudah lama tak menggunakan meja belajar
sampai cicak pun dah jadikan meja belajar saya itu sebagai tempat melepaskan hajatnya.
Haishh~

Tuesday, 31 March 2015

HARAPAN

Harapan
iaitu keinginan supaya sesuatu terjadi.
Saya ada harapan, semua orang ada harapan.
Harapan ini lah yang memberi kita kekuatan.

Saya pernah berharap untuk menjadi seorang anak yang baik,
maka saya berusaha melaksanakan tanggungjawab saya terhadap kedua-dua ibu bapa saya.
Saya juga pernah berharap untuk menjadi seorang pelajar cemerlang,
maka saya belajar bersungguh-sungguh untuk berjaya.
Dan begitulah semua orang, mengharapkan sesuatu yang baik buat diri mereka.

TANGGUNGJAWAB

Tanggungjawab

Termenung saya seketika memikirkan tanggungjawab saya di muka bumi ini. Lalu teringat kembali apa yang saya sudah lakukan. Adakah saya seorang yang bertanggungjawab? Rasanya tidak. Saya mengaku bahawa saya kurang kesedaran mengenai tanggungjawab sendiri.

Makna dari istilah “tanggungjawab” adalah “siap menerima kewajipan atau tugas”.
Sumber : Hidup perlu berbakti

Persoalannya,
Adakah saya menjalankan kewajipan saya sebagai seorang hamba Allah?
Adakah saya menjalankan kewajipan saya sebagai seorang anak?
Adakah saya menjalankan kewajipan saya sebagai seorang pelajar?

Friday, 20 March 2015

AMALAN SEBELUM TIDUR

Amalan sunnah sebelum tidur




1. Membaca doa sebelum tidur. 


2. Kaki tidak menghadap ke arah Qiblat kerana ini adalah kedudukan tidur orang yang telah mati.

3. Membaca Tasbih Fatimah kerana sekiranya meninggal dunia pada malam itu, akan dikira sebagai mati syahid.


4. Membaca Ayat Kursi dan 3 Qul ke tapak tangan dan sapu keseluruh badan agar kita dijauhi dari gangguan manusia dan jin sewaktu kita tidur.

ALASAN



Di UKM, saya gagal merancang kewangan dengan baik berbanding sebelum ini. Harga makanan di sini biasa-biasa je, mungkin mahal sikit berbanding di KMPk tetapi tidak terlalu mahal. Jadi, saya ingin mengkaji semula di mana kesilapan saya dalam menguruskan perbelanjaan saya di sini. Antara faktor saya pokai :

Tuesday, 17 March 2015

ULANGTAHUN

ULANGTAHUN KELAHIRAN



HAPPY BIRTHDAY !!!!!!


Dalam keluarga saya, saya seorang sahaja yang ingat tarikh lahir setiap ahli keluarga, malah, ummi saya pun tak ingat tarikh lahir anak-anaknya.. Hahahaha.. Kebiasaannya, ulangtahun kelahiran kami akan disambut biasa-biasa je.. Tapi mesti ada makanan yang sedap-sedap dan hanya saya seorang sahaja yang akan bagi hadiah untuk mereka semua. Kalau ulangtahun kelahiran saya, selalunya saya yang akan belanja mereka makan sate.



Sedap kan^^

PENGURUSAN MASA

CARA UNTUK MENJADI LEBIH PRODUKTIF





1. Buat "to-do-list"

Tak kisah lah nak buat to-do-list tu kat mana-mana. Kalau saya, saya lebih suka gunakan SplenDO (Smart task list). Application ini boleh di install ke dalam smartphone anda, ada je kat playstore atau boleh download di sini splenDO. Kenapa saya guna splenDO? Sebab application ini mudah digunakan, cepat dan tidak membuang masa serta terdapat notification yang menggunakan suara.

Contoh :

Wednesday, 11 March 2015

BAHAYA RADIASI TELEFON BIMBIT



Mana yang paling best?
-Sekadar gambar hiasan
Dulu saya pernah dengar tentang bahaya radiasi telefon bimbit tetapi sekarang saya dapati masih ramai yang tidak menyedari bahaya telefon bimbit terhadap kesihatan manusia. Malah, saya dapati masih ramai yang ingin memiliki lebih daripada satu telefon bimbit dan masih ada yang leka menggunakan telefon bimbit tanpa kesedaran terhadap bahaya telefon bimbit ini.

AMARAN!




Tahukah anda, radiasi telefon bimbit boleh menyebabkan barah otak. Selain itu, radiasi telefon bimbit dikatakan dapat merosakkan sel-sel darah serta mengubah DNA manusia. Radiasi telefon bimbit juga dipercayai dapat merendahkan kualiti sperma (bagi orang lelaki yang selalu menyimpan telefon bimbit dalam poket hadapan seluar). Akhir sekali, tidak hairanlah kalau ramai yang mengadu sakit kepala atau pening kepala selepas menggunakan telefon bimbit. Mungkin ini adalah tanda-tanda awal sebelum anda mengalami tumor otak atau kanser otak kerana tidak dapat dinafikan bahawa telefon bimbit bersifat karsinogenik.

Friday, 6 March 2015

SILAP

SILAP

Saya buat silap?!

Tiada siapa yang tak pernah buat silap
sedangkan Nabi Adam a.s. pon pernah melakukan kesilapan.

Saya dah banyak kali buat silap.
Saya mengaku sampai sekarang saya masih melakukan
kesilapan tersebut terutamanya terhadap kedua ibu bapa saya.




Wednesday, 4 March 2015

ME


TENTANG DIRI SAYA...



Nama diberi Nur Wahidah binti Yaacob. Saya dilahirkan pada 21 April 1995 di Hospital Besar Kuala Terengganu. Namun begitu, saya menetap di Senawang, Seremban, Negeri Sembilan. Saya pernah belajar di SK Senawang, SMK Senawang 3 (sekarang dikenali sebagai SMK Taman Forest Heights), kemudian saya melanjutkan pengajian selama sebulan di SMK Senawang dan seterusnya saya belajar di SM Sains Tuanku Ja’afar (SMSTJ). Di SMSTJ, saya mengambil aliran sains tulen. Namun begitu, apabila saya telah memasuki Kolej Matrikulasi Perak, saya membuat keputusan untuk menukar aliran daripada aliran sains modul 1 (sains tulen) kepada aliran perakaunan kerana saya lebih berminat untuk belajar subjek perakaunan. Seterusnya, saya melanjutkan pengajian dalam bidang ekonomi di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM, Bangi).

HIV dan AIDS




Hari ni saya nak bercakap mengenai HIV dan AIDS. Bunyi macam seram sebab kita tahu kan yang penyakit ni dah meragut banyak nyawa tapi saya tak tahu banyak mengenai penyakit ini sehinggalah saya berjumpa dengan sepasang suami isteri yang dijangkiti HIV.

HIV tu apa? AIDS tu apa? Kebiasaannya, jawapan yang kita dengar adalah HIV tu ialah Human Immunodeficiency Virus manakala AIDS tu ialah Acquired Immune Deficiency Syndrome tapi ada je orang yang tak tau. So kat sini saya nak berkongsi tentang HIV dan AIDS.



HIV (Human Immunodeficiency Virus/Virus Kurang Daya Tahan Melawan Penyakit) merupakan virus yang memusnahkan sistem imunisasi badan dan menyebabkan pesakit terdedah kepada pelbagai jenis penyakit dan kanser. AIDS (Acquired Immune Deficiency Syndrome/Sindrom Kurang Daya Tahan Penyakit Akut yang Teruk) merupakan peringkat meruncing yang mana pesakit yang dijangkiti HIV mula menunjukkan jangkitan yang khusus atau sel-sel pertahanan badan turun sehingga 200/μl. Sumber : MyHEALTH Kementerian Kesihatan Malaysia

Hahaha.. Saya gelak sebab mesti ramai yang dah baca definisi kat atas ni tapi masih tak tau bezakan antara HIV dan AIDS kan? Secara ringkas apa yang saya faham ialah HIV ni boleh bertukar jadi AIDS. Kiranya, AIDS ni dah peringkat teruk la. Apabila seseorang dijangkiti HIV, virus tu akan berkembang biak dalam badan untuk merosakkan sistem pertahanan badan. Apabila sistem pertahanan badan kita dah lumpuh, kita akan mudah dijangkiti penyakit lain dan masa tu la peringkat ini kita panggil peringkat AIDS. Contohnya, orang yang ada penyakit tibi, kita cakap dia ada penyakit tibi kan tapi orang yang ada HIV kemudian dia dijangkiti penyakit tibi, dia dikatakan pesakit AIDS. Faham tak?